Indahnya Bahasa
Jumaat, 23 November 2012
Jumaat, 19 Oktober 2012
CATATAN KEPIMPINAN
Kepimpinan
amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi. Gagal
atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh
ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Pemimpin yang berkesan
dalam organisasi adalah pemimpin yang bersifat terbuka, menerima
pandangan kakitangan bawahan, sentiasa mendapatkan maklumat yang benar
dan tepat bagi melaksanakan sesuatu tindakan, berkemahiran,
bertanggungjawab dan sntiasa mewujudkan suasana yang selesa dalam
organisasi. Kepimpinan Islam adalah kaedah yang terbaik dalam memimpin
manusia
Rabu, 26 September 2012
Sabtu, 15 September 2012
MINGGU 15 : Seminar Dan Pameran Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang.
Seminar
Seminar
menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan
membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli
dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
- Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
- Penggunaan komputer di sekolah
- Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Pameran
Pengertian
pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah
siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam
proses pembinaannya.
Jenis-jenis pameran:
BIL
|
PERKARA
|
HURAIAN
|
1
|
Pameran tetap
|
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
|
2
|
Pameran Temporer
|
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
|
3
|
Pameran Keliling
|
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.
|
MINGGU 14 : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam P&P Bahasa Melayu
Pengenalan
Cakera
padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang
digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
Contoh Jenis Cakera Padat
Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera
padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak
penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat
pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
|
JENIS CAKERA
|
KESUSASTERAAN
|
· Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
|
TATABAHASA
|
· Cakera latihan tatabahasa
|
MINGGU 13 : Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan
bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas.
Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan
kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia
sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
- Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
- Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.
( (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint
MINGGU 12 : Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data
supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun
untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada
pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by
non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan
digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang
digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.
Jenis-jenis Alat pengarangan
Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat
pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan
penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih
ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
- docs.google.com/
Karangan
yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini
memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
Aplikasi
· Guru
memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan
karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui
Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan
bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan
ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara
langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian
Langgan:
Catatan (Atom)