PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Bahan
pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada
buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet
yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan
bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan
bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai
bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P
terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
- Bahan sastera
- Bahan tatabahasa
- Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum
guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk
pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar
sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun,
proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan
supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya
kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses
pengajaran dan pembelajaran.
Memilih Bahan Sastera
Bahan
sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang
mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre
Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang
dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
- Syair
- Pantun
- Seloka
- Gurindam
- Puisi
- Cerita Pendek
Pemilihan
bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut
Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
Pemilihan
bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti
aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara
aspek-aspek tersebut ialah:
Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah
bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses
pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat
yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan
perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi
dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata
dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid
akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum
memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan
tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan
sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya
Jenis-jenis tatabahasa
- Kata nama
- Kata Hubung
- Kata kerja
- Kata sendi nama
- Kata nama khas
Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan
melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan